Resepi Tom Yam Kung Fu Special
.
Resepi tom yam kung ini merupakan kiriman pembaca iaitu Kak Raja. Wah nampak pedas dan menyelerakan tom yam kung fu nya. Lepas makan nie mau berpeluh dan berkung fu sekali. Jom kita cuba masakan ala thai yang digemari ramai ini.
.
Resepi Tom Yam Kung Fu
Bahan-Bahan Resepi Tom Yam Kung Fu
4 cawan air rebusan atau stok ayam
250gm udang besar
4-6 cili padi diketuk sedikit.
4-6 hirisan lengkuas segar.
2 batang serai di potong serong.
1 biji bawang besar dibelah empat.
1 sudu besar kecil garam.
2 sudu besar susu pekat
4 sudu besar jus limau nipis.
1 1/2 sudu pes cili nam prik Poa atau pes tomyam
5 batang cendawan
Sedikit daun ketumbar yang dipotong digunakan sebagai hiasan.
Cara Membuat Resepi Tom Yam Kung Fu
1. Celur sekejab udang n cendawan dalam air panas dan toskan – ketepikan
2. Panaskan stok ayam sehingga mendidih. Masukkan serai, lengkuas, bawang dan garam.
3. Masukkan 2 sudu besar susu pekat
4. Dalam periuk tadi masukkan Jus limau, pes tomyam, cili api yang diketuk2.
5. Masukkan udang dan cendawan. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Matikan api dan dihidangkan. Taburkan hirisan bunga ketumbar di atasnya.
No comments:
Post a Comment