Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan | Salam 8 Syawal semua! Entri ni dah lama terperuk dalam draft. Sementara nak dapatkan mood bercerita sambutan Syawal kali ni, YY share dulu resepi Kek Minyak mengunakan sukatan cawan ni. YY suka buat kek atau yang seangkatan dengannya menggunakan sukatan cawan. Lebih mudah berbanding measurement lain. Lagipun YY bukan pro. Saje sesuka (^_^)Resepi asal YY perolehi daripada MyResipi.
Bahan-bahan yang diperlukan |
Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan
- Lima (5) biji telur
- 3/4 cawan gula halus
- Dua (2) cawan tepung naik sendiri. Boleh gunakan tepung gandum yang diayak bersama satu (1) tbsp baking powder.
- Satu (1) cawan susu pekat
- Satu (1) tbsp ovallate
- Satu (1) cawan minyak masak
- Satu (1) sudu teh esen vanila
- Sedikit perasa apa-apa sahaja ikut suka. YY guna perasa ros
![]() |
Pastikan peralatan lain sudah sedia sebelum memulakan proses mengadun |
Sebelum nak memulakan proses mengadun tu, pastikan oven dipanaskan mengikut kesesuaian suhu. YY biasanya gunakan suhu 180C untuk bakar kek. Pastikan juga loyang bersaiz 8" x 8" telah dileserkan dengan marjerin ataupun mentega. YY saje letak aluminium foil pada loyang tu bagi senang nak angkat. Maklumlah, bukan pro kan.
Pastu bolehlah mula mengadun. Memula sekali pukul telur dengan ovallate sampai kembang. Pastu masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi buat seketika. Masukkan pula minyak masak dan perasa yang kita suka tadi. Agak dah rata, masukkan tepung naik sendiri tadi sedikit demi sedikit.
Bahagikan kepada tiga adunan warna. Warna ikut kesukaan |
Bila dah siap bancuh tu, bahagikan kepada tiga warna mengikut kesukaan korang. YY dah pernah buat lebih daripada tiga warna, macam kurang cantik pula. Dia macam bersepah. Serabut mata nengoknya. Hehe! Tiga warna nampak lebih cantik.
Rupa adunan yang telah dituang secara berselang-seli |
Lepas tu warna tadi korang tuang dalam loyang yang telah dileserkan dengan marjerin atau mentega tadi secara berselang-seli.
Korang mungkin boleh mulakan dengan warna merah. Tuang sedikit warna merah pada loyang. Pastu tuang pula warna hijau pada merah tadi diikuti warna biru. Ulang steps ni sampai habis korang punya adunan. Dia jadi macam dalam gambar dekat atas. Ni yang bukan pro buatlah. Kalau pro, lagi cantik (^_^)
Pastu masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi.
Rupa Kek Minyak yang sudah siap dibakar |
No comments:
Post a Comment