Harap info ini dapat membantu.
APA ITU SHORTENING (LELEMAK SAYURAN)?
Shortening atau lemak sayuran mengandungi 100% lemak sayuran (ada juga dari sumber haiwan) yang beku pada suhu bilik. Bila kita membuat pastri dan menggunakan shortening ia akan menghasilkan pastry yang flaky (berlapis) hasil penggunakan lemak sayuran yang telah dilapis dengan tepung.
Bila membuat biskut shortening selalu dipukul bersama gula supaya ia dapat memerangkap udara dan dapat menghasilkan biskut yang ringan.
Shortening juga bertindak sebagai bahan yang dapat menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu dan sebati dengan sempurna.
APAKAH SHORTENING ITU SAMA DENGAN MENTEGA?
Adakah shortening sama dengan lemak sayuran? Dan Adakah shortening boleh mengantikan butter?
Vegetable shortening adalah sama dengan lemak sayuran. Ia tidak boleh menggantikan butter terutama di dalam biskut kerana ia akan memberikan kerangupan pada biskut.
Saya pernah terbaca dalam satu ruangan masakan yang menyatakan jika tiada butter, bolehlah menngantikan dengan shortening. Adakah kedua-duanya serupa? Sudah tentunya dlm pembuatan kek ia tidak dpt digantikan dgn shortening. Maksud saya bolehkah mengunakan shortening dlm membuat
doh pau / donut/roti?
Boleh menggunakan shortening dlm membuat doh pau/donut/ roti kerana sukatannya tidak banyak, tidak seperti dlm membuat kek. Cuma tekstur dan rasanya akan berbeza kerana tiada produk lemak yg dapat menyamai mentega/butter dari segi keenakan rasanya.
Bolehkah saya mengunakan shortening untuk mengris tray oven untuk membakar biskut / kek?
Amat jarang menggunakan shortening sebagai pelengser tin pembakar. Lazimnya, digunakan marjerin kerana ia lebih mudah.
……………………………………….o00o……………………………………..
Tips untuk membuat roti yang sedap Sumbangan Diana - 9 May 2005
Salah satu cara yang Diana pelajari ialah selalu gunakan cecair yang suam panas bila hendak mengguli roti, dan biarkan adunan roti naik sebaik-baiknya di tempat yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
Adunan roti yang memakan masa untuk naik mempunyai rasa yang sedap dan doh tidak dipenuhi dengan rongga-rongga udara”air bubbles”. Doh yang memakan masa untuk naik juga lebih tahan lama berbanding doh yang naik dengan cepat. Doh boleh diletakkan dibekas besar sebaik-baiknya bekas kaca. Sapukan sedikit mentega pada bekas kaca dan biarkan doh naik pada suhu bilik. Tutup bekas doh dengan tuala atau plastik supaya doh tidak kering. Bila doh sudah naik terbalikkan supaya boleh disapu dengan mentega.
Selalunya adunan doh roti memakan masa 1 -2 jam untuk naik dua kali ganda dari rupa asalnya. Adunan doh menggunakan tepung wheat dan wholegrain memakan masa lebih lama untuk naik berbanding dengan doh yang menggunakan tepung biasa. Dough yang mengandungi buah-buahan dan kandugan lemak juga memakan masa lebih lama untuk naik. Selalunya saya lebih suka memerapkan doh saya semalaman dalam peti sejuk ini untuk perlahankan doh supaya naik terlalu cepat. Doh roti yang naik terlalu cepat selalunya rasanya kurang enak dan kadang kala masam.
Yeast
Membakar roti menggunakan yeast harus disukat dengan betul. Yeast memerlukan gula untuk aktif, tetapi terlalu banyak gula boleh perlahankan bahan aktif atau terus terhenti. Doh yeast selalu mengandungi gula, yang memberi warna dan rasa kepada roti tersebut. Garam juga selalu digunakan untuk tujuan yang sama tapi mempunyai fungsi memperlahankan doh bila diperap untuk naik supaya doh tidak terlalu kasar dan mempunyai banyak rongga-rongga udara.
Roti yang pucat dan tidak berwarna kekuningan mungkin dibakar pada suhu yang rendah atapun tidak mengandungi garam sewaktu mengadun doh.Yeast akan musnah pada suhu 46 darjah C dan akan mati pada suhu 63 darjah C.
Teknik Mengguli
Gunakan tangan anda untuk mengguli roti. Gunakan ruang yang luas, uli doh dengan melipat doh yang jauh kepada anda. Tolak doh menggunakan hujung telapak tangan anda. Pusing doh 1/4 dan uli sehingga betul-betul halus dan licin. Selalunya mengguli boleh memakan masa 10 minit. Kalau doh roti kaku bermakna anda letak terlalu banyak tepung. Inilah kesalahan yang selalu kita buat.
Bila membakar roti, pastikan luar roti masak dan kekuning-kuningan dan dalam roti lembab dan lembut.
Kepada ahli-ahli yang mempunya “Bread Machine”, resipi disini khas untuk anda. Diana selalu mendoakan semoga resipi yang dicuba akan menjadi…. Selamat mencuba!!!
BANANA BREAD
===========
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar minyak
2 biji telur
2 biji pisang, buang kulitnya dan belah setengah memanjang
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam mesin roti.
2. Gunakan setting dough dan mulakan. Biar mesin gaul bahan-bahan rata untuk 3-5 minit sampai pisang telah hancur. Gunakan spatula plastic untuk menolak doh yg melekat pada tepi bekas mesin roti. Stop mesin roti dan ratakan atas roti dengan spatula plastik.
3. Gunakan setting Bakar dan mulakan. Masa membakar selalunya lebih kurang 50 minit, terpulang pada mesin roti anda. Untuk cek jika roti sudah masak, cucuk pertengahan roti dengan lidi. Roti sudah masak jika lidi keluar bersih. Jika masih ada lebihan doh di lidi bakar untuk 10 - 15 minit lagi. Bila sudah masak keluarkan roti dari mesin dan biarkan sejuk di dalam acuan selama 10 minit barulah dikeluarkan dari acuan.
No comments:
Post a Comment