Cara Membuat Donat Simple
Bahan buat donat |
Mula-mula sekali korang tuangkan kesemua yis tadi ke dalam cawan yang berisi air bersuhu biasa dan berkapasiti lebih kurang 200ml ke atas. Kak Haniza colleague yang mengajar aku buat kuih ni suruh aku tunggu sampai yis tu berbuih baru campur dalam tepung. Tapi aku tak rajin nak menunggu.
Aku campur aje lepas dah campur dalam air. Tak kuasa nak menunggu! Tapi kalau korang nak buat macam Kak Haniza ajar tu, dipersilakan. Jangan lupa letak secubit garam atau ikut macamana korang suka dalam air berisi yis tadi.
Air bercampur yis |
Lepas tu korang masukkan tepung gandum ke dalam apa-apa bekas bersaiz besar yang boleh ditutup. Gunakan separuh aje tepung dari pek 1kg tepung gandum tu. Biasanya aku ratakan pek tepung tu, lepas tu aku tekan bahagian yang aku nak macam dekat bawah ni. Lebih atau kurang, nasiblah! Hehe!
Tuang tepung gandum dalam bekas |
Lepas aku dah letak tepung ke dalam bekas tu, aku campurkan dengan air yang dah berisi yis tadi. Aku juga tambah dua sudu marjerin ke dalam adunan tu. Kalau adunan tak sebati, tambahkan air je lagi sikit demi sedikit. Sepatutnya ke masuk air aje dulu. Dah sebati, baru masuk marjerin, Tapi aku dah cakap dah, tak rajin aku menunggu.
Adunan bersama air dan marjerin |
Bila adunan dah sebati, last sekali korang letakkan satu sudu susu manis kena dalam adunan korang. Lepas korang dah campur susu ni, doh dia sepatutnya dah tak melekat kat tangan. Tapi kalau melekat juga, mungkin kurang tepung. Tapi kalau aku, tak ada kuasa aku nak adjust. Aku biar aje dia lembik. Janji boleh telan, udah ler! Hehe!
Adunan bersama susu manis |
Lepas tu korang biar ajelah dia dalam bekas tertutup untuk lebih kurang satu jam. Kalau aku boleh skip step ni, aku dah skip. Malangnya tak boleh. Memang korang kena tunggu dia kembang baru boleh digoreng.
Sebelum adunan mengembang |
Sambil dok menunggu dia kembang, korang boleh ler update blog dulu ke atau buat apa-apa yang patut bagi mengisi masa lapang untuk satu jam tu. Lepas dah satu jam, pergilah intai apa jadi pada doh korang. Kot ler pula dia bertukar jadi Godzilla, naya! Tapi kalau dia elok aje nampak kembang, tahniah korang dah berjaya.
Bagi aku sendiri, feeling yang paling seronok bila buat donat ni adalah apabila melihat doh dia kembang memenuhi setiap ruang bekas yang korang letakkan doh tadi. Memang buat aku rasa bangga sangat! Hehe!
Adunan sudah mengembang |
Lepas tu korang bentukkan dia ikut suka korang. Nak jadikan dia Ultraman ke, Power Rangers ke, suka koranglah. Aku tak rajin nak bagi dia berbentuk donat atau yang lagi advance. Aku buat bulat aje. Ala setakat gentel, lepas tu gelek dia bagi bulat. Senang sangat. Lagipun tetap nama dia donat. Sama ajelah kan. Sebab tak rajin aje, dia jadilah bulat! Hehe!
Masa untuk membentukkan donat |
Gorengkan pula dalam minyak panas ye. Bukan main letak aje. Bila dah kuning keemasan, angkat dan toskan. Bagi sejuk kejab. Jangan skip step ni kalau tak nak cedera tangan (^_^)
Lepas dah agak sejuk, barulah sadurkan donat yang sudah siap digoreng tadi dengan gula atau apa sahaja perasa yang korang suka. Enak di makan ketika panas. Cehwah! Ayat dah macam chef!
Proses menggoreng donat |
No comments:
Post a Comment