Jadi hari ni kaknoor nak kongsikan menu mudah menggunakan periuk nasi high pressure Noxxa ni untuk membuat pizza segera hanya 6 minit je untuk masak setelah kita masukkan dalam Noxxa ni.
Ayuh tengok resepi yuk!!
Bahan doh ( sebenarnya bukan doh juga sebab cair, bukan jugak batter sebab lebih pekat dari batter )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2/3 cawan air suam
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh yis
Cara nya
Masukkan je semua nya dalam satu bekas, kacau biar rata, dan tuangkan dalam periuk noxxa, perapkan dalam 30 minit.
Bahan topping
4 batang sosej ayam/daging hiris
1/2 cawan cheese mozarella parut
1 biji bawang holland hiris bulat
3-4 biji cili padi hiris ( versi orang suka pedas ) abai kan je kalau tak suka
sedikit cheese cheddar kebetulan ada lebih yang dah berparut
secukupnya sos cili atau sos tomato
sedikit oregano ( terlupa nak letak )
Cara nya
Picitkan sos tomato/cili di atas doh yang kita perapkan tadi, susunkan sosej, bawang besar, cili padi ikut kreativiti,, taburkan cheese mozarella dan cheddar dan oregano. Masukkan dalam periuk Noxxa, set kan High Pressure selama 5 minit kemudian Stirfry 1 minit. Alhamdulillah pizza kita dah siap dan boleh di makan. Ranggup di bawah dan lembab di atas . Sekali hadap je dah habis dimakan panas-panas. Kalau ada yang tak suka berlama-lama di dapur sila lah skodeng Noxxa ni, amat berguna dan dapat menjimatkan masa kita.
Ini rupa pizza setelah 6 minit di masak.
Selepas 6 minit pindahkan ke pinggan dan potong, dah boleh di santap.
No comments:
Post a Comment