Monday, 31 October 2016

Meroti 1

Sessi masuk dapur: Meroti, mendeko dan mendonat.. 

Roti ni aku buat menggunakan campuran antara tepung gandum dan tepung roti iaitu 7 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung roti.. Aku uli guna tangan je.. Malas nak guna mixer.. 

Yis yang dah mengembang...



Hasil tangan dua orang anak buah.. 

Setiap doh tu aku timbang dengan kadar berat lebih kurang 50 gram.. Lepas tu roti sosej dengan roti yang ada manik urai kaler warna-warni tu anak buah aku yang gelek doh dia.. Dua orang anak buah yang sangat rajin menolong aku.. Sosej tu aku potong dan belah dua dan dorang juga yang letakkan atas doh tu.. Aku ajar la cara nak buat.. Lepas tu terus dorang boleh buat sendiri..






Roti bentuk bunga ros tu kitorang buat sama-sama.. Aku saja nak mempelbagaikan peten roti ni sebab akupun tak pandai bab mendeko ni.. Sampai terbukak kelopak bunga ros tu.. hehh..

Satu tu je yang aku letak krim sebab aku tak pandai nak belah roti tu padahal krim butter tu aku dah buat dulu dah.. huhuhu..

No comments:

Post a Comment