Resepi Butter Prawn
.
.
Bahan-bahan Resepi Butter Prawn
4 biji Kuning Telur
100 gm butter (unsalt atau salt)
1 Sudu Serbuk Kunyit
500gm Udang Harimau (Dibuang kepala)
4 Ulas Bawang Putih
6-10 biji Cili Padi
3 Dahan Daun Kari
1. Sudu Serbuk Kari (Optional)
5 sudu Susu Cair
Garam dan Gula Secukup Rasa
Sebelum kita mula membuat resepi butter prawn. Elok sediakan bahan-bahan dibawah:
* 500gm udang harimau dibasuh dan dibuang kepala dan satu ekor tajam.
(Jangan buang semua ekor pula ya, hanya satu ekor tajam dibelakangnya)
* Pecahkan 4 biji telur dan ambil kuningnya sahaja. Boleh asingkan guna tangan.
* Seterusnya pukul kuning telur sedikit sahaja. Jangan pukul banyak nanti hasilnya hancur.
* Tumbuk lumat bawang putih dengan cili padi dengan lesung. Boleh juga cincang sahaja.
* Asingkan daun kari dari dahannya. Kita guna daun sahaja.
* Serbuk kari optional untuk menambah kelazatan masakan ini. Memang lebih sedap.
Tapi kalau tanpa serbuk kari, lebih cantik bahagian dalam butter prawn.
.
Cara Membuat Resepi Butter Prawn
.
Langkah 1: Panaskan kuali bersih dan masukkan 100gm butter. Guna api sederhana. Setelah kesemua butter cair, tuang kuning telur ke dalam butter cair. Tuang pada jarak tinggi dan tuang sedikit-sedikit secara berterusan. Semasa menuang tangan kanan mengacau butter cair terus menerus tanpa henti. Setelah kesemua kuning telur dituang barulah berhenti mengacau. (Kacau seperti membuat putaran. Elok guna senduk kuah)
.
Langkah 2: Masukkan 1 sudu serbuk kunyit ke dalam kuali. Dan kacau sama rata. Selepas telur tersebut berwarna kuning keemasan, matikan api dan angkat menggunakan penapis besi. Kita cuma ambil telurnya sahaja. Lebihan butter cair tidak lagi digunakan. Saya ingatkan, angkat telurnya sebelum butter cair tu membuak-buak keluar ya.
.
Langkah 3: Panaskan kuali baru dan masukkan 4 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan 1 sudu serbuk kari daging dan sedikit air paip. Masak sehingga naik minyak seperti dalam gambar di atas. Seterusnya masukkan 5 sudu susu cair. Kalau nak resepi butter prawnnya basah, tambahkan lagi susu cairnya.
.
Langkah 4: Sekarang masukkan udang harimau, daun kari dan separuh kuning telur yang dimasak pada langkah satu tadi. Gunakan separuh kuning telur sahaja sebab separuh lagi akan digunakan untuk menghias hidangan ini nanti. Seterusnya kacau sehinga sama rata. Nak cepat masak, besarkanlah apinya. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Setelah udang harimaunya masak, bolehlah dihidangkan. Hampir siap resepi mudah ini.
.
Langkah 5: Langkah terakhir, letakkan butter prawn ke atas pinggan. Kemudian taburkan separuh lagi kuning telur ke atasnya. Boleh juga hiasi hidangan dengan bunga cili. Saya ada buat video bunga cili sebelum ini. Elok tinggalkan sebentar dalam setengah jam sebelum dimakan. Agar rempahnya menyerap ke dalam udang.
No comments:
Post a Comment