Resepi Kek Milo Bakar
sebagai suri rumah kita kena bijak dalam mengurus belanja dapur kerana sekarang ini bahan-bahan yang semakin mahal harganya. oleh itu, ramai orang lebih suka masak masakan yang simple dan mudah.
sebenarnya, idea untuk membuat kek milo ini mulanya selepas aku kehabisan serbuk koko untuk membuat kek coklat kukus. jom kita layan resepi sedap dibawah.
Bahan-Bahan
4 sudu besar milo4 sudu besar susu segar4 sudu besar tepung gandum1 sudu teh baking powder1 biji telur4 sudu besar gula halus1 sudu teh esen vanillachoc rice dan choc chip untuk hiasan2 - 3 mug atau ramekin - yang boleh dibakar dalam microwave
Cara Penyediaan
1. mula-mula campurkan baking powder dan tepung gandum kemudian ayak sampai rata. selepas tu masukan milo, susu, minyak jagung, baking powder, gula halus, vanilla, tepung dan telur ke dalam mangkuk pengadun. kemudian kacau hingga rata.
2. siapkan ramekin atau mug kemudian tuangkan adunan 1/2 atau 3/4 bahagian mug sahaja. kerana bila dibakar adunan akan tumpah dan kembang. kemudian taburkan hiasan choc rice dan choc chip diatasnya.
3. bakar dalam microwave selama 3 minit kerana bila lebih masa ianya akan sedikit keras. bila tak ada microwave boleh gunakan oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit dalam oven.
No comments:
Post a Comment