Saturday, 8 October 2016

Donut1

Resepi donut

Bahan:
4 cawan tepung
1 pkt yis (campur dengan 1/2 gelas air suam utk pastikan yis ni hidup, tunggu hingga berbuih... ni maknanya yis ni hidup)
2 sb gula
1 sk garam
1 biji telur
3sb susu manis
1/2 cawan air suam
2 sb marjerin

Cara membuatnya:
Bagi mempercepatkan urusan memasak, saya guna breadmaker (BM).....masuk bahan2 basah dulu ( air, susu, telur, gula) diikuti bahan kering (marjerin, garam, tepung, yis..dll) . Kemudian tekan fungsi doh... tak kira menggunakan breadmaker jenama apa pun, mesti ada fungsi doh. Saya punya BM ambil masa 14 minit. Tapi bila siap diuli kali pertama, saya suka tekan untuk kali ke 2 supaya ia lebih lembut. Selepas fungsi doh berhenti, biarkan doh naik 2 kali ganda. kemudian baru lah boleh di bulatkan ikut bentuk donut. nak buat cakoi pun boleh juga. Selepas di bentuk, biarkan lagi supaya doh kembang. Barulah di goreng kekuningan....Kalau tak nak goreng dengan minyak, bagi mengurangkan kolestrol, bolehlah guna Air Fryer..goreng tanpa minyak. pun sama kecantikkannya.....sesiapa yang tak tahu @ tak de airfryer bolehlah tengok kat tulisan saya sebelum ni....Air Fryer ... Dah masak salutkan dengan gula halus atau coklat. ... hmm... inilah donut lembut yang pernah saya buat. Kalau masih berbaki, simpan je doh dalam peti sejuk beku. Bila nak masak, keluarkan dan bentukkan ikut citarasa sendiri. 

Alhamdulillah ada satu lagi resepi donut extra gebu yang dikongsi oleh sahabat saya seorang Dr pakar. Resepi saya rasa lebih gebu. Kalau nak cuba resepinya yang, klik di sini.

No comments:

Post a Comment