Friday, 4 November 2016

Tempoyak Pucuk Paku Dan Petai

SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU

Hari ni saya masak sambal tempoyak pucuk kayu favorite En.Suami ku . Saya belajar dari mak mertua cara nak masak sambal ni . Mak mertua saya memang tak ada bagi resepi secara detail so saya memang belajar dari pemerhatian dan lepas tu saya cuba masak sendiri . Tak la susah sangat nak masak menu ni yang penting kita mesti pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin kiranya ikut pada citarasa kita la . Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi dan pucuk kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit .

Bahan paling penting untuk menentukan sedapnya sambal ni adalah tempoyak so gunalah tempoyak yang baru jadi sedang-sedang elok tak terlalu manis dan tidak masam sangat . Kalau ikut resepi asal mak mertua saya guna daun pucuk keledek , pucuk labu , pucuk ubi , daun kunyit , serai , petai , ikan bilis dan pucuk cemperai . Saya pula hanya guna pucuk-pucuk ulam yang mudah saya beli di area rumah saya ni walaupun tak cukup pucuk ulam tapi sambal ni masih menetapi citarasa saya dan En.Suami ^_^ syukur alhamdulillah......


BAHAN-BAHAN :

1 pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja

5 helai daun kunyit

4 atau 5 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja

4 atau 5 batang serai

5 papan petai - ambil buah petai saja

1-2 genggam ikan bilis - bersihkan

3-4 sudu besar tempoyak atau secukupnya 

pati santan secukupnya

garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah

1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup semua rasa .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Ketepikan dulu..

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan .

Pucuk ulam-ulaman serta serai yang sudah diracik . Kalau boleh racik la nipis-nipis jangan ikut saya potong kecil-kecil je sebab nak cepat siap hihi.....



mana ada aje la...janji sedap..hehehe




MASAK TEMPOYAK DAUN2 ULAM
Resepi  Asal @ MIL
Olahan Resepi : CheAnn @Dari Duniaku...

Bahan2

  • 2 cekak pucuk ubi - celur dan racik2 
  • 2 helai daun kunyit - racik2 
  • 2 biji terung besar - belah 4 dan potong panjang 1-2 inci
  • 2 papan petai - buang kulit belah dua
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai - dititik sahaja
  • 10-15 cili padi - ikut kepedasan masing2
  • 2 inci kunyit
  • sejemput ikan bilis
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 2 cawan santan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Garam gula secukup rasa



Cara Memasak

  1. Bawang besar, bawang putih, cili api, ikan bilis dan kunyit tumbuk/blender
  2. Panaskan minyak untuk menumis.Bila minyak dah panas masukkan bahan yg telah ditumbuk.
  3. Masukkan skali serai yg telah dittitik.
  4. Bila dah kekuningan, masukkan petai, terung dan tempoyak.kacau seketika dan masukkan santan
  5. Santan hampir mendidik masukkan daun kunyit kacau lagi
  6. Bila nampak daun kunyit, terung dah hampir masak masukkan pucuk ubi yg dah direbus dan diracik
  7. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.Ikut lidah yang merasa la ye..
  8. Masak hingga semua bahan dah sebati dan pekat.









Uploaded image Sambal_Tempoyak_Ubi_Kayu.JPGResepi sambal tempoyak pucuk ubi kayu. Resepi sambal untuk dinikmati bersama nasi panas-panas. Jom cuba resepi menyelerakan ini.

BAHAN-BAHAN

– 1 genggam pucuk ubi
– 5 helai daun kunyit muda
– 1/3 cawan isi petai
– 1 liter santan
– 1 keping asam gelugor
– 1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
– 2 camca besar penuh tempoyak
– Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus

– 6 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 cawan cili padi kampung – campur cili hijau dan merah
– 3/4 inci kunyit hidup
– 4 batang serai, hiris halus

 

CARA-CARA

1. Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus, petai dibelah dua.
2. Ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar, ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan sedikit pekat.
4. Masukkan petai dan biarkan masak sekejap, tambah pucuk ubi dan daun kunyit, gaul rata.
5. Masukkan asam gelugor, tambahkan garam secukup rasa. Masak dengan api sederhana dan dikalau pekat. Dah rasa cukup masak dan rasanya, padamkan api.
6. Hidangkan




MASAK TEMPOYAK DAUN KAYU

 

 Assalamualaikum semuasemasa iftar kat rumah mak akak kat Shah Alam hari tu, mak teringin nak makan masak tempoyak daun kayu ni. Bila akak tengok ada pucuk ubi yang mak petik kat kebun, ada daun kunyit, ada serai dan petai mak beli. Akak pun siap2 suruh anak akak hiris daun daun tu semua untuk masak sebagai makanan tambahan untuk berbuka nanti. Sebenarnya banyak bahan yang tak ada lagi macam pucuk labu, pucuk kaduk tapi mak akak kata tak apa buat je daun yang ada tu cukuplah. Jom kita layan resepi nya.

  
 
  

 

Bahan-bahannya:-

Secekak pucuk ubi
Secekak pucuk daun kunyit
Petai 8 papan
Serai 5 batang
Ikan bilis segenggam
Udang besar 6 ekor
  Cili api 20biji ikutlah jika nak pedas tambah le lg
 Pati santan 2 cawan
1 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup
 Sedikit garam
Sedikit gula

Cara membuatnya:-

Semua daun2 tadi dihiris halus2 
Satukan dalam satu kuali bersama udang
Blender cili api, ikan bilis, kunyit hidup, santan dan tempoyak
Kemudian masukan dlm kuali dan jerang atas api hingga mendidih
Bila dah pekat masukan garam dan gula
Kacau sampai pekat dan boleh diangkat
Siap untuk dihidangkan.
  



No comments:

Post a Comment