Friday, 4 November 2016

Ikan Bakar

Ikan Bakar

Juadah mudah namun sungguh menyelerakan.

 

MENYAMBUNG UNTUK PIN RESIPI

Bahan-Bahan

500 gikan kembung2 sudu besarserbuk kunyit2 sudu kecilMAGGI® CukupRasa™Untuk Air Asam100 mljus asam jawa100 mlair1 sudu kecilgula melaka1 sudu besarMAGGI® CukupRasa™1 bijibawang besar dicincang kasar10 bijicili padi dihiris halus4 bijicili merah dihiris halus2 helaidaun ketumbar dihiris halus

Cara Memasak

1.Mula-mula siang ikan. Buang isi perut dan insang. Buat beberapa torehan yang dalam pada kedua-dua belah ikan agar mudah ketika diperap.

2.Letakkan pada pinggan dan lumurkan serbuk kunyit dengan MAGGI® CukupRasa™ pada seluruh ikan. Perap selama 10 minit.

3.Masak ikan di atas gril, penyalai atau pemanggang dengan suhu yang tinggi hingga masak sepenunhnya dan bahagian luar menjadi sedikit rangup.

4.Untuk air asam pula, tambahkan jus asam jawa, air, gula Melaka dan MAGGI® CukupRasa™, masak hingga mendidih. Selepas itu biarkan sejuk hingga menjadi suhu bilik.

5.Kemudian, masukkan bawang yang telah dicincang, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.

6.Nikmati ikan bakar dengan air asam.

Ikan Cencaru Bakar Noxxa

Smlm, 12ramadhan... dh mula stat kekeringan idea nk masak apa.. xkn hari2 lauk ayam kurma? Xkan hari2 ikan sweet sour?? Muaks uolls!! Huhu..

Bukak freezer tgk ade ikan kembong dan ikan cencaru..

Tingg!! Muncul mentol menyala kt luar kepala.. ikan bakarrrr... Salu tgk org buat ikan bakar boleh je dgn Noxxa. So now its time 4me to do that..

Apa nk disumbat kt ikan ni? Sumbat saja apa yg ade.. hehe.. jom tgk bahan2 sumbatan :

Bwg merah 3ulas
Bwg putih 3ulas
Serai 2btg
Sedikit belacan
Sedikit kelapa parut
Sesudu cili giling Puteri(anak2 xmkn pedas)
Gula atau stevia
Sedikit kunyit hidup
Sedikit halia
Garam
Daun kunyit 3helai dihiris halus

Cara2 :
Tumbuk bwg2, belacan, serai, halia, kunyit hidup
Pastu kuarkan dr lesung dan campur gaulkn dgn kepala parut, gula / stevia, garam, hirisan daun kunyit dan cili giling Puteri
Gaul sebati

Ikan td dilumur dgn garam dan serbuk kunyit.

Pastu apa lagi, sumbat je la belakang ikan ni dgn bahan2 td.

Dh selesai sumbat, balut cantik2 dgn kertas aluminium tu dan masukkan trus dlm inner noxxa.

On HP5 dan tombol pd pressure.
Cukup 5mnt, off HP dan on SF kejap smbil balik2 kan ikan tu ikut naluri smpai rasenye mcm dh masak garing.

Kuarkn dr inner dan letak kt Pinggan. Sementara tgu azan maghrib, kite buat kuah asam plak.

Guna asam jawa adabi yg xde biji tu, tuang air utk jdkn berkuah, potong dadu bwg merah, potong cili api, titiskan stevia atau gula pasir, perahkan limau kasturi / nipis. Kacau2 siap utk dinikmati dgn ikan cencaru bakar td..

IKAN BAKAR NOXXA

Bahan-bahan:

- 3 ekor ikan cencaru (jumlah dan jenis ikan terpulang pada anda)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 4-5 ulas bawang putih (dihiris)
- halia (dihiris)
- 4-5 helai daun bay
- serbuk kunyit
- garam (secukup rasa)

Cara-cara:

1) Perapkan ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa
2) Masukkan ikan ke dalam inner periuk Noxxa
3) Taburkan bawang besarbawang putihhalia dan daun bay di atas ikan.
4) Tutup periuk noxxa, halakan tombol ke pressure, tekan HP, setkan 7 minit, kemudian tekan ON.

Tadaa... inilah hasilnya.




No comments:

Post a Comment