Friday, 4 November 2016

Koleksi Masakan Trg 2

Rojak Betik

Rojak Betik
Makanan tradisi Terengganu

Bahan-bahan:

1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan untuk Kuah

9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara Membuat

Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..

Nasi Impit Sambal Hitam

Nasi Impit Sambal Hitam
Sumber: http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/

Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan untuk Sambal

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

Bahan B

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.




RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM

Lapisan Bawah:

500ml air daun pandan

120gm tepung beras

20gm gula

1 camt air kapur

garam secukup rasa


Lapisan Atas:

300ml air

80gm tepung beras

30gm gula

1/2 camt air kapur

garam secukup rasa


Air Gula:

200g gula melaka (nisan)

80g gula

200 air

2 helai daun pandan


Cara membuat:

1. Lapisan bawah: Satukan semua bahan dalam kuali, kacau di atas api yang perlahan sehingga keras dan pekat. Adunan tadi akan berwarna hijau.

2. Tuang adunan dalan loyang yang disapukan minyak dan tunggu sehingga ia sejuk.

3. Lapisan Atas : sama seperti lapisan bawah tadi.Apabila masa, tuangkan lapisan atas ke atas lapisan bawah yang berwarna hijau tadi dan sejukkan.

4. Air Gula : Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak air gula sehingga hancur dan pekat.

5. Potong kuih dan hidangkan dengan air gula melaka. 




Lempeng Nyiur

Lempeng Nyiur



Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
1 biji kelapa muda diparut
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara Membuat:


1. Gaulkan tepung gandum, kelapa parut dan garam di dalam satu bekas.
2. Campurkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Panaskan kuali leper dengan sedikit marjerin.
4. Masak adunan mengikut saiz yang dikehendaki.
5. Balik-balikkan dan masak sehingga kekuningan


 


No comments:

Post a Comment