Sunday, 20 November 2016
Saturday, 12 November 2016
Roti Canai
Tak perlu skill tebar menebar sangat, just tarik2 pun menjadi…
roti canai
Untuk sarapan roti canai ni ana buat kuah dal dan kari ayam. Suami pun sama tolong tebar2 hehe…Ni ana sertakan resipi dia
sumber : Joayee
Bahan-bahan ( 12 keping )
550 gm tepung gandum*250 gm air*1 telur-50gm*3 sb susu pekat-60gm*1 sk garam-6gm*1 sk butter/margerin-15gm: kalau nak yg rapuh, lebihkan butter1-2 sb tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebatimasukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.uli hingga jadi dohrehatkan doh selama 10minuli lagi selama 5minulang step 4&5 sebanyak 3 kali. Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.bentuk bulat2. produce 12 depending on the size. salut dgn margerin. perap 3hrs or more .ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di kibar atau di tarik2. utk mengelakkan koyak, tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak , nanti kering.panaskan pan dgn api sederhana.. taruk sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti, hendaklam sentiasa di renjis minyak diatas roti.doh boleh disimpan dlm fridge up to 2 daystips: terlebih uli, doh akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that’s why process uli & rest di ulang 3 kali.
Saturday, 5 November 2016
Asam Pedas Melaka
Resepi ASAM PEDAS MELAKA ASLI terbaekkk...
Style Diana... heheheh...
rupher2nya ramai peminat asam pedas melaka ni ek?
jadi bagi tak menghampakan kengkawan, mak letak la resepi dia...
tapikan maaf sangat2 la kalau sukatan2 tu tak betul coz aku main campak2 je kekdahnya...
ye fuan-fuan.. ni resepi utk 2 org makan ye... :)
Bahan2nya :
4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)
3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
air asam jawa
garam + gula
minyak
Caranya :
Panaskan minyak....
Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...
Masak sampai benda blend tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..)
Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..
masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
then last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....
petua ala2 Diana
1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak... kang aku tak tanggung...
2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu...
3. lagi pekat, lagi sedap...
4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh
Resepi Asam Pedas Melaka Asli
any way, dulu saya juga pernah ke melaka dan mencuba asam pedas di pusat makanan didepan museum museum kapal tu. tapi saya lupa namanya dan ketika saya memakanya rasanya sangat sedap dan lazat. selepas itulah saya ingin cuba membuat resepi asam pedas melaka asli, jom kita layan resepi mudah dibawah.
Bahan-Bahan
- 700 - 900 gram ikan pari
- 2 biji tomato
- 1 genggam daun kesom
- 1 kium ikan bilis - opsyenal
- 1 camca pes asam asam jawa
- 2 batang serai - diketuk
- 1 - 2 terung ungu - saiz besar
- 1 kuntum bunga kantan - belah 2
- 2 senduk nasi cili kisar - boleh kurangkan sesuai selera
- gula dan garam secukupnya
- air secukupnya
- 3/4 camca teh jintan halus @
- 3/4 camca teh jintan kasar @
- 1/2 camca teh lada hitam @ (tanda @ goreng tanpa minyak kemudian tumbuk halus)
- 1 tangkai daun kari
- 3 biji bawang merah - hiris
- 1 ulas bawang putih - hiris
- 1/2 camca teh halba
Bahan Kisar
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci belacan
- 8 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
Postingan terkait:
- Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk
- Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap
- Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
- Resepi Ikan Goreng Celup Tepung Sedap
- [Rahsia] Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sawi Jeruk
1 sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Bahan kisar:
Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Nota:
1 sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Bahan kisar:
Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Nota:
Asam Pedas Melaka
RESEPI ASAM PEDAS MELAKA ASLI
Bhn2:
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih
3 cm belacan - Liza guna 1cm je
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
(bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend skali)
Daun kesum + bungan kantan
Bendi / terung
Air asam jawa secukupnya
Garam + gula
Minyak utk menumis
- Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt.( Liza letak 1 s/t je)..masukkan daun kesum n bunga kantan..
- masukkan ikan, kacau2 sikit, dan masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
- masukkan bendi or terung...
- perasakan dengan garam dan biar dia mendidih
- tutup api....
Friday, 4 November 2016
Ikan Bakar
Ikan Bakar
Juadah mudah namun sungguh menyelerakan.
Bahan-Bahan
500 gikan kembung2 sudu besarserbuk kunyit2 sudu kecilMAGGI® CukupRasa™Untuk Air Asam100 mljus asam jawa100 mlair1 sudu kecilgula melaka1 sudu besarMAGGI® CukupRasa™1 bijibawang besar dicincang kasar10 bijicili padi dihiris halus4 bijicili merah dihiris halus2 helaidaun ketumbar dihiris halus
Cara Memasak
1.Mula-mula siang ikan. Buang isi perut dan insang. Buat beberapa torehan yang dalam pada kedua-dua belah ikan agar mudah ketika diperap.
2.Letakkan pada pinggan dan lumurkan serbuk kunyit dengan MAGGI® CukupRasa™ pada seluruh ikan. Perap selama 10 minit.
3.Masak ikan di atas gril, penyalai atau pemanggang dengan suhu yang tinggi hingga masak sepenunhnya dan bahagian luar menjadi sedikit rangup.
4.Untuk air asam pula, tambahkan jus asam jawa, air, gula Melaka dan MAGGI® CukupRasa™, masak hingga mendidih. Selepas itu biarkan sejuk hingga menjadi suhu bilik.
5.Kemudian, masukkan bawang yang telah dicincang, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.
6.Nikmati ikan bakar dengan air asam.
Ikan Cencaru Bakar Noxxa
Smlm, 12ramadhan... dh mula stat kekeringan idea nk masak apa.. xkn hari2 lauk ayam kurma? Xkan hari2 ikan sweet sour?? Muaks uolls!! Huhu..
Bukak freezer tgk ade ikan kembong dan ikan cencaru..
Tingg!! Muncul mentol menyala kt luar kepala.. ikan bakarrrr... Salu tgk org buat ikan bakar boleh je dgn Noxxa. So now its time 4me to do that..
Apa nk disumbat kt ikan ni? Sumbat saja apa yg ade.. hehe.. jom tgk bahan2 sumbatan :
Bwg merah 3ulas
Bwg putih 3ulas
Serai 2btg
Sedikit belacan
Sedikit kelapa parut
Sesudu cili giling Puteri(anak2 xmkn pedas)
Gula atau stevia
Sedikit kunyit hidup
Sedikit halia
Garam
Daun kunyit 3helai dihiris halus
Cara2 :
Tumbuk bwg2, belacan, serai, halia, kunyit hidup
Pastu kuarkan dr lesung dan campur gaulkn dgn kepala parut, gula / stevia, garam, hirisan daun kunyit dan cili giling Puteri
Gaul sebati
Ikan td dilumur dgn garam dan serbuk kunyit.
Pastu apa lagi, sumbat je la belakang ikan ni dgn bahan2 td.
Dh selesai sumbat, balut cantik2 dgn kertas aluminium tu dan masukkan trus dlm inner noxxa.
On HP5 dan tombol pd pressure.
Cukup 5mnt, off HP dan on SF kejap smbil balik2 kan ikan tu ikut naluri smpai rasenye mcm dh masak garing.
Kuarkn dr inner dan letak kt Pinggan. Sementara tgu azan maghrib, kite buat kuah asam plak.
Guna asam jawa adabi yg xde biji tu, tuang air utk jdkn berkuah, potong dadu bwg merah, potong cili api, titiskan stevia atau gula pasir, perahkan limau kasturi / nipis. Kacau2 siap utk dinikmati dgn ikan cencaru bakar td..
IKAN BAKAR NOXXA
Bahan-bahan:
- 3 ekor ikan cencaru (jumlah dan jenis ikan terpulang pada anda)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 4-5 ulas bawang putih (dihiris)
- halia (dihiris)
- 4-5 helai daun bay
- serbuk kunyit
- garam (secukup rasa)
Cara-cara:
1) Perapkan ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa
2) Masukkan ikan ke dalam inner periuk Noxxa
3) Taburkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun bay di atas ikan.
4) Tutup periuk noxxa, halakan tombol ke pressure, tekan HP, setkan 7 minit, kemudian tekan ON.
Tadaa... inilah hasilnya.
Koleksi Resepi Noxxa
KOLEKSI RESEPI MENAWAN HATI PERIUK TEKANAN NOXXA SIRI 1"
Mengandungi 42 resepi....
-NASI ARAB
-NASI GORENG DAGING
-NASI GORENG CINA
-NASI DAGANG
-NASI TOMATO
-PULUT KUNING
-PULUT LEMAK
-WAJIK
-NASI LEMAK ISTIMEWA
-NASI MASAM MANIS
-PULUT KELAPA
-AYAM PANGGANG
-AYAM PANGGANG ALA TOM YAM
-DAGING PANGGANG NANAS
-SARDIN
-IKAN KUKUS ULAMAN
-DAGING MASAK HITAM
-DAGING JINTAN
-IKAN KUKUS MASAM MANIS
-STEW TULANG
-LEMAK CILI API AYAM DENGAN REBUNG
-KARI KUNING IKAN
-GULAI MINANG NANGKA
-AYAM MASAK BEREMPAH
-DODOL
-DODOL PANDAN
-BINGKA JAGUNG
-APAM PISANG KUKUS
-KOLEH JAGUNG BAKAR
-KASWI LAPIS
-PUDING ROTI BERCOKLAT
-KEK PANDAN
-KEK NANAS
-KEK COKLAT
-KEK OREN
-KEK GULA HANGUS
-SPAGHETTI GORENG
-BIHUN GORENG KAMPUNG
-MI GORENG ALA KAMPUNG
-KUIHTIAW GORENG
-MI SANGGUL GORENG
-BIHUN GORENG PUTIH
“KOLEKSI RESEPI MENAWAN HATI PERIUK TEKANAN NOXXA SIRI 2”
Mengandungi 50 resepi.....
1. NASI SUNQUICK NOXXA
2. NASI BRIYANI NOXXA
3. NASI MADU TIGA NOXXA
4. NASI DAGING NOXXA
5. BUBUR PULUT HITAM NOXXA
6. NASI LEMAK KUKUS NOXXA
7. PULUT INTI NOXXA
8. PULUT MANIS KELAPA NOXXA
9. BUBUR KACANG DURIAN NOXXA
10. BUBUR LEMAK PEDAS NOXXA
11. BUBUR ASYURA NOXXA
12. BIHUN GORENG KERABU NOXXA
13. MAKARONI BAKAR NOXXA
14. SPIRAL PASTA GORENG CENDAWAN NOXXA
15. SPIRAL PASTA ALA ASIA NOXXA
16. NASI KUKUS DENGAN AYAM DAN CENDAWAN NOXXA
17. AYAM BAKAR LADA HITAM NOXXA
18. IKAN BAKAR DENGAN SAMBAL TOMATO NOXXA
19. IKAN PARI BAKAR DENGAN SALSA KANTAN NOXXA
20. KAMBING BAKAR DENGAN SOS CHEESYMAYO NOXXA
21. DAGING TAJAU HILL NOXXA
22. SUP TOMATO BEBOLA DAGING NOXXA
23. LEMAK PUTIH LABU DENGAN PUCUKNYA NOXXA
24. DAGING KERBAU STEAK SPICES NOXXA
25. AYAM PERCIK NOXXA
26. LALA ‘STEAM’ CILI PADI NOXXA
27. AYAM KEJINTAN NOXXA
28. KUZI KAMBING NOXXA
29. KERANG LEMAK MERAH NOXXA
30. KETAM MASAK KERUTUK NOXXA
31. SOTONG MASAK BAWANG NOXXA
32. KARI TULANG DENGAN REBUNG MADU NOXXA
33. UDANG SINGGAHSANA NOXXA
34. SOTONG ASAM PEDAS NOXXA
35. SUP SIAM KERANG NOXXA
36. AYAM BAKAR MADU LEMON NOXXA
37. UDANG MENTEGA SAFFRON NOXXA
38. DALCA SAYURAN NOXXA
39. SAYUR CAMPUR BAKAR BERKEJU
40. SUP CENDAWAN SWISS BROWN DENGAN TAUHU NOXXA
41. KENTANG MASALA NOXXA
42. SAMBAL DAGING KANTAN NOXXA
43. LOPIS ALA NOXXA
44. BINGKA GULA MERAH NOXXA
45. PUDING ROTI BAKAR BERLAUK NOXXA
46. PIZZA TUNA NOXXA
47. ‘WRAPS’ BERINTI PEPPERONI BAKAR NOXXA
48. BROWNIES COKLAT LAPIS PISANG NOXXA
49. KEK OATS NOXXA
50. BUBUR ANEKA RASA NOXXA
Berminat call saya terus di 017-2856923
Koleksi Masakan Trg 2
Rojak Betik
Rojak Betik
Makanan tradisi Terengganu
Bahan-bahan:
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun
Bahan untuk Kuah
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air
Cara Membuat
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.
Utk membuat kuah:
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..
Nasi Impit Sambal Hitam
Nasi Impit Sambal Hitam
Sumber: http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/
Makanan Tradisi Terengganu
Bahan-bahan untuk Sambal
Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
Bahan B
5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.
RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM
Lapisan Bawah:
500ml air daun pandan
120gm tepung beras
20gm gula
1 camt air kapur
garam secukup rasa
Lapisan Atas:
300ml air
80gm tepung beras
30gm gula
1/2 camt air kapur
garam secukup rasa
Air Gula:
200g gula melaka (nisan)
80g gula
200 air
2 helai daun pandan
Cara membuat:
1. Lapisan bawah: Satukan semua bahan dalam kuali, kacau di atas api yang perlahan sehingga keras dan pekat. Adunan tadi akan berwarna hijau.
2. Tuang adunan dalan loyang yang disapukan minyak dan tunggu sehingga ia sejuk.
3. Lapisan Atas : sama seperti lapisan bawah tadi.Apabila masa, tuangkan lapisan atas ke atas lapisan bawah yang berwarna hijau tadi dan sejukkan.
4. Air Gula : Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak air gula sehingga hancur dan pekat.
5. Potong kuih dan hidangkan dengan air gula melaka.
Lempeng Nyiur

Makanan Tradisi Terengganu
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 biji kelapa muda diparut
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Gaulkan tepung gandum, kelapa parut dan garam di dalam satu bekas.
2. Campurkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Panaskan kuali leper dengan sedikit marjerin.
4. Masak adunan mengikut saiz yang dikehendaki.
5. Balik-balikkan dan masak sehingga kekuningan
Tom Yam Putih
TOM YAM AYAM (PUTIH)
Assalamualaikum wbt.. Ummi request nak makan tom yam.. Oleh kerana stok perencah tom yam dah habis, maka tom yam putih je lah.. Cuma ketukkan serai, bawang putih, akar daun ketumbar dan sedikit halia.. Didihkan, masukkan ayam.. Kemudian masukkan sos nampla, garam dan serbuk perasa.. Apabila ayam telah empuk, campurkan buah tomato, cili padi yang telah diketuk, daun limau purut dan jus limau nipis.. Akhir sekali, masukkan bunga kubis, lobak merah, bawang besar hiris dan lada hidup. Tutup periuk dan biarkan sayur-sayuran masak dengan wap periuk. Ketika hendak menghidang, taburkan hirisan daun ketumbar.. Selamat mencuba..
Nasi Kerabu
NASI KERABU SIMPLE
Assalamualaikum wbt.. Nasi kerabu, permintaan anak2.. hidangan untuk tengah hari tadi.. pelengkap hidangan, ulam2an, budu, cili padi jeruk, sambal nyior + ikan, solok lada merah dan ayam goreng berempah..
nasi kerabu kuning... oleh kerana pokok bunga telangku tidak berbunga... maka kunyit hidup dikisar dan ditapis airnya dan dibuat masak nasi..
sambal nyior campur ikan..kelapa parut, digaul dengan bahan2 tumbuk iaitu halia, bawang merah, serai, isi ikan bakar, garam serta gula secukup rasa dan disangai atas api kecil sampai garing.. untuk versi nasi kerabu golok, sambal kelapa dan sambal ikan dimasak berasingan..gunakan bahan2 yang sama untuk kelapa dan isi ikan..cuma sangai sampai garing..
ulam2an... ada hirisan bunga kantan, timun, daun cekur, daun kaduk, pucuk samak @ serai kayu, pucuk kopi, pucuk daun kari, ulam raja, pucuk mata ayam, pucuk lempoyang, pucuk daun kunyit, daun kesum dan serai muda.. (lagi sedap kalau ada tauge atau kacang panjang)
cili padi jeruk, cuma tumbukkan cili padi dan campurkan cuka dan sedikit garam. Budu tu tuang terus dari botol dan perahkan limau nipis..
ayam goreng berempah.. ayam digaul dengan garam, kunyit, halia, ketumbar jintan, serai dan bawang putih..digoreng sampai garing..
solok lada.. guna lada merah je... lada merah yang telah dibelah dan dibuang biji disumbat dengan campuran kelapa dan isi ikan.. dimasak dengan santan pekat hingga masak.. Untuk isi solok lada.. saya gunakan isi ikan mentah (selayang, tamban atau kembung) dan dicampur dengan kelapa parut (gunakan kelapa yang kulitnya masih hijau dan isinya masih lembut), tambahkan juga bawang, halia, serai yang ditumbuk.. sedikit serbuk lada hitam, garam gula dan sedikit air asam jawa.. Sekiranya menggunakan isi ikan rebus atau isi ikan bakar, hendaklah dicampur dengan sebiji telur supaya bila dimasak, isinya tidak berderai..
Lengkap sudah satu set hidangan nasi kerabu yang simple..sesuai dimakan bila2 masa saja..pagi, tengahari atau malam... Nasi kerabu juga akan menjadi lebi istimewa sekiranya ada lauk2 tambahan yang lain seperti ayam percik, daging bakar, telur masin, ikan goreng celup tepung, bawang putih jeruk, keropok goreng, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.. Lengkapkan juga hidangan nasi kerabu dengan mihun goreng.. pasti sedap.. lepas makan terus bersandar kat dinding.. hehe Selamat mencuba..