Wednesday, 28 September 2016

PIZZA

Jom Belajar Membuat Homemade Pizza Dough

 










Homemade Pizza Dough
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.




Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.






Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.






Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.





Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.




Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian






Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.







NASI LEMAK TUMIS


Resepi Nasi Lemak Paling Sedap

Resepi Nasi Lemak Sedap dan Mudah


Bahan Untuk Nasi

  • 3 cawan beras
  • 3 hiris halia
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air - boleh tambah jika atau dikurangi bila diperlukan
  • 1 helai daun pandan 
  • secubit garam
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 helai daun pandan
Cara Buat Nasi Lemak
1. basuh beras dengan air sehingga bersih kemudian toskan hingga hilang airnya.
2. siapkan perikut dan pijarkan minyak kemudian tumis serai, daun pandan, halia, bawang sehingga wangi.
3. masukan air dan santan kemudian masak sehingga mendidih. tambah garam dan kacau rata.
4. tuangkan beras yang sudah kita toskan tadi ke dalam periuk nasi. kemudian kita tuangkan juga santan yang sudah kita masak tadi dan masak nasi seperti biasa.
5. bila dah masak kacau nasi menggunakan shopsyik agar beras tak patah.
Bahan Untuk Sambal
  • 6 sudu besar chili giling
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 biji bawang tumbuk - hiris
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 biji bawang besar - ditumbuk
  • sedikit air asam jawa
  • segenggam ikan bilis ( sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk)
  • sedikit gula, garam, dan perasa
Cara Buat Sambal
Resepi Nasi Lemak Paling Sedap
1. tumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. kemudian masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat.
2. bila sudah mendidih masukan ikan bilis yang sudah kita goreng tadi dan sesuaikan rasa. 

Tuesday, 27 September 2016

KARIPAP INTI IKAN

Tembosa/ Karipap Inti Ikan Terengganu







Doh Karipap
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 4 c tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 c oil
  • 3/4 c air
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara:
  • panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api.
  • tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  • dh sejuk siket, campur garam n air.
  • Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..


Resepi inti ikan ni, usha kat blog kak madihaa.. kalau nk tgk kuih2 tradisional suka buka blog kak madihaa, mcm2 kuih yg nostalgia ada :) inti ni kak madihaa wat pulut lepa.. inti ikan sama je utk pulut lepa, karipap, ngan kuih paung.. nk wat pulut lepa juga, tp susah betul la nk dpt daun pisang.

Inti Ikan
Resepi: Kak Madihaa
Sumber: tun_telani 

Bahan:
  • 1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
  • 1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
  • ½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
  • 6 ulas bawang merah ~ dimayang halus- tun blend
  • 1 inci halia ~ dihiris memanjang halus- tun blend
  • 1 sudu kecil halba
  • garam & gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka

Cara2:

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.


KARIPAP PUSING

KARIPAP PUSING
Resepi Oleh : Chahaya Shiela

Doh A
1 cawan tepung gandum 
1 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar veg shortening 
2 sudu besar marjerin


Untuk doh A
Satukan semua bahan untuk doh A dalam bekas. Gaul hingga sebati. Boleh di kepal atau di bulatkan.
Kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan dan ketepikan.

Doh B
2 cawan tepung gandum 
1/4 cawan minyak jagung 
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 1/2 cawan air anggaran ~ air ni tuang sikit-sikit


Untuk doh B 
Masukkan tepung ke dalam bekas dan buatkan kawah atau lubang di bahagian tengahnya 
Kemudian panaskan minyak, dan tuang minyak panas kedalam kawah tepung yang dalam mangkok tadi. 
Gaul rata dengan senduk atau sudu  AWAS MINYAK PANAS!!
Gaul sehingga ia menjadi serbuk roti.
Sementara itu garam kita bancuhkan bersama air hingga larut.
Tuangkan air garam  sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.
Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.
Bahagikan doh B kepada 4 bahagian yang sama banyak dan bulat-bulatkan doh.


Canaikan satu bahagian doh B yang kita telah bahagikan tadi.
Letakkan satu bahagian doh A di tengahnya
Bungkuskan dan kemaskan padat
Kemudian di bulatkan, ketepikan
Ulang kaedah yang sama untuk baki doh-doh selebihnya.


Doh yang telah di satukan tadi, di canai sederhana ketebalannya. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Kemudian di gulung menjadi selinder yang panjang.
Kemudian di canai sekali lagi sederhana tebal juga.
Gulung semula menjadi selinder.
Ulang proses yang sama untuk doh yang selebihnya.
Kemudian doh ini direhatkan sebentar anggaran 15 minit agar ia sebati dan lembut.


Ambil satu bahagian doh dan potongkan kepada 6 kepingan
Ambil sekeping doh yang telah di potong dan canaikan bentuk bulat, sederhana tebal. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Jika nipis ia susah di kendalikan, mudah pecah semasa meletakkan inti. Jika tebal pula tidak enak pula untuk di nikmati nanti. 
Letakkan inti yang di sukai di bahagian tengahnya, jangan penuh sangat sebab takut pecah pula dohnya.
Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka.
Klimkan kemas agar tidak terbuka semasa proses mengoreng nanti
Ulang proses yang sama hingga habis kesemua kepingan doh


Dah pun siap karipap kita.
Untuk satu adunan ini dapat menghasilkan 24 keping karipap pusing.
Jika nak buat frozen ada dua kaedah.

Kaedah Frozen 
1. Selepas siap karipap ni di klim terus susun dalam bekas kedap udara. Susun ia satu-satu dan jarakan supaya ia tak melekat-lekat nanti.
Tutup berkas kemas dan terus simpan dalam tempat beku dalam peti ais. Bila nak goreng nanti keluarkan sebentar, dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

2. Kaedah ke dua pula, kita goreng dahulu setengah masak dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng sekejap aje, kemudian anagkat. Susun dalam bekas kedap udara, dan simpan dalam bahagian beku dalam peti ais. Bila nak makan keluarkan biarkan ia lembut baru goreng semula.

Kaedah mengoreng 
Bagi yang nak makan terus, pastikan semasa mengoreng minyak betul-betul panas.
Cara mengoreng karipap pusing ni tak sama macam karipap biasa. Kalau karipap biasa minyak tak boleh panas sangat nanti ia mengerutu dan gelembung-gelembung permukaan karipap tu.. tapi sebaliknya karipap pusing kena goreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya karipap ni cantik kejadiannya. Api tidak boleh terlalu kecil nanti karipap ni akan serap minyak yang banyak dan buatkan kita muak bila menikmatinya.
Goreng hingga ia kuning keemasan, kemudian angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya minyaknya di serap.

KARIPAP KENTANG

KARIPAP KENTANG
( Ihsan Cikmatahariku )

Cara Dan Gambar Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap
Boleh dapatkan resepi dan cara buat karipap rangup dengan inti kentang di sini yaPetua Mudah Buat Karipap Rangup

Antara bahan-bahan utama buat inti karipap kentang



Bahan buat kulit karipap dengan tepung gandum, 
air garam dan minyak panas.
Bajet family saya kalau buat karipap ni mesti sampai satu kilo, sebab orang dalam rumah ni semua hantu karipap..hoho


 Panaskan minyak masak yang ada kat rumah kita tu.Lagi jimat dan mudah khasnya 
kepada mak-mak yang buat bisnes karipap

Buat lubang kat tengah tepung gandum tu, kemudian tuang minyak panas tadi 

sementara minyak masih panas, gaul tepung dengan senduk dulu.Kalau korang tangan kayu (tahan panas katakan)
bolehlah gaul terus dengan tangan.muehehe. 

Gaul sampai rata ya

Lebih kurang macam nilah gayanya sambil menguli sambil 
masukkan air garam sikit demi sikit

Uli tepung sampai tangan dah tak lekat dan permukaan bekas menguli tepung juga bersih dari tepung yang melekat

Cara Bergambar Buat Inti Kentang Yang Sedap

Lepas minyak dah panas, mula-mula sekali masukkan hirisan bawang besar yang dipotong dadu.
kalau buat sebiji bawang, masukkan separuh dulu.

Ni campuran bahan kisar untuk inti karipap kentang iaitu cili kering blend, serbuk kari,bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam dan gula serta serbuk perasa yang dibenarkan.
Biarkan sampai naik minyak.

Kemudian, barulah masukkan kentang yang dah potong dadu.Gaul sampai rata ya!

Masukkan air sikit je supaya inti tak over cook.Paras air tu jangan lebih inti kentang dalam kuali.

Biasanya saya tutup inti kentang ni supaya dia cepat empuk.

Bila air dah semakin kering, kacau semula inti kentang tadi.Taburkan bawang besar
yang lagi separuh dan juga daun sup kalau anda suka

 Inilah hasil tepung gandum yang sudah diuli dan juga inti kentang yang dah siap :)-

Cara buat inti karipap kentang yang sedap
Nampak sedap kan dan kentang tu masih kekal bentuk dadu.Inilah petua letak air sikit je
time kita masak inti kentang tu.
Rasanya memang sedang elok.Cubalah ya

 Saya dah siap bulat-bulatkan tepung yang dah siap uli tadi supaya senang nak masukkan 
dalam mesin.Mesin ni saya gunakan untuk canai 
dan nipiskan kulit karipap.

Ini assistant saya time buat karipap..chef to be..

 Inilah antara hasilnya.Bila buat sendiri, ikut suka kita nak letak inti banyak mana kan..
tu yang nampak bulat-bulat karipap saya tu..hhaha

 petua supaya kelim karipap tak terbuka ialah sapu air masak dekat "mulut karipap" sebelum
kita kepit dia dengan acuan karipap 

Goreng dalam minyak sederhana banyak dan api yang sederhana kecil.Jangan lupa balik-balikkan karipap anda supaya warna karipap tu setara