Tuesday, 30 May 2017

Sambungan

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH”, “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM”

Ayat pagar rmh


DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yang ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yang sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.
Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH (1x)
Berselawat keatas Nabi SAW (3x)
Baca Ayatul Qursi (1x)
Baca surah Yasin (ayat ke : 9) (1x)

Sunday, 28 May 2017

Tatacara pertukaran

Info kepada smua guru yg 1st time nk pindah sekolah.. baca la utk kesenangan esok2 (share pd kawan2 k)

Jgn syok sgt nk pindah awal.. x sabar2 nk pindah.. siap dfikir nk beli ke tak tiket awal ke x.. bak kata org kedah.. ang toksa kalut sgt aiii.. paling tak pun bulan 7 baru dpt masuk skolah baru.. sbb hujung bulan 6 baru raya.. bukan dpt surat terus angkat beg ye syg2.. proses dia mcm ni..

1. Dpt keputusan lulus pertukaran (tahniah)... tp bukan terus angkat barang2 n balik pindah ye..

2. Kena maklumkan pada pentadbir terlebih awal.. print keputusan tu bg kat gb

3. Pastu tunggu surat pengesahan pertukaran dr kpm

4. Sementara mnunggu surat tu.. lakukan perkara ini

i) kemaskini maklumat dgn kerani sek lama.. apa2 sahaja termasuk istiharharta, kelulusan, taraf pencen... apa2 sahaja maklumat.. sbb nnt bila pindah paya da nk ulang alik urus (kegunaan update utk pencen akan dtg).. maklumat yg da update tu.. minta sekolah lama buatkan fail kita.. sbb maklumat2 tu akan kita bawa ke sekolah baru.. antara yg ada dlm maklumat tu
a) maklumat diri n sekolah lama
b) tahap berpencen
c) istiharharta
d) pemeriksaan keselamatan
e) jumlah cuti (berapa yg da pakai n berapa yg tinggal)
f) lain2 maklumat yg perlu boleh hubungi sekolah baru tanya apa lagi yg mereka perlukan dr skola lama

ii) pastikan dulu dgn kerani kewangan.. hubungi kerani d sekolah baru yg anda akan pindah ke skola baru.. tanya kerani kewangan mereka, bila mereka ready sambut kewangan gaji kita dr sekolah lama.. klau dorg ckp next month.. jd maklumkan pada kerani sekolah lama.. tujuan dia supaya kewangan gaji kita x tersangkut pembayaran gaji nnt.. klau x.. adalah yg 2 3 bulan x dpt gaji sbb proses pindah kewangan kena dua2 sekolah ready memberi n menerima.. bukan main suka kita je pindah ye syg2 smua..

iii) selesaikan tugas yg d amanahkan.. jgn nyusakan org.. tanda bersyukur kepada tuhan sbb dpt tukar... Klau urusan d sekolah lama x setel2 lg padahal tarikh lapor diri da dekat atau pd hari berkenaan kita x smpt lg nk lapor sbb byk urusan lg d sekolah lama.. hubungi sekolah baru.. maklumkan mereka yg urusan cikgu x setel lg d sekola lama.. sbb ada sesetengah sekolah proses mereka lambat.. fham2 sendiri la ye knp lambat tu hehehehe... tujuan dia supaya x d kenakan tatatertib @ potong gaji.. sekolah lama x akan lepaskan cikgu suka2 klau kerja x setel lg.. walaupun tarikh da tamat :)  (d benarkan tanggu dgn alasan urusan sekolah lama x setel.. jgn pula buat2 alasan tp sebenarnya p becuti.. bajet nk rehat 2 3 hari sebelum masuk skola baru hehehehe)

iv) buat tugasan serah tugas kepada pentadbir.. bila smua kerja kita setel.. gb lama dgn rasa lega melepaskan kita.. x da rasa hutang dgn sekolah lama.. malah kita akan d beri kerjasama yg baik sekiranya kita perlu bantuan skolah lama d masa akan dtg.. dan jgn x tahu.. ada sesetengah guru besar @ pengetua akan buat pelaporan pd sekolah baru kita tentang baik buruk kita.. (x smua mcm tu).. jd buat la yg baik2.. harimau mati meninggalkan belang.. kita pergi meninggalkan nama @ kenangan

v) servey betul2 pengangkutan kargo utk angkut brg.. jgn main ikut hati nk cpt.. karang nk cpt sgt.. barang2 rosak or hilang enta kemana.. tips nk jimat, klau pos kenderaan tu, letak barang2 kerja kita.. pakaian or apa2 peralatan dlm kereta.. penuhkan smua kecuali bahagian driver.. make sure pemandu boleh tgk side mirror kiri kanan.. klau x.. ada yg tercarit kereta sbb x nmpk kiri kanan... make sure brg2 yg d simpan dlm kereta d seal betul2.. klau ble balut dgn plastik dan lilit dgn tali pun xpe.. sbb ada yg berminat nk selongkar kotak yg mudah d buka.. (percayala).. klau ada bajet lebih @ yg mampu.. anda d galakkan pakai kontena kargo.. mahal.. tp bg sy cukup sekadar jimat.. yg penting seal kotak betul2..

5. Dpt surat pertukaran tu, submit pd pentadbir dgn fail serah tugas

6. Semua da setel, baru la fly dgn senyuman..

7. Tahniah kepada guru2 yg dpt bertukar ya.. semoga memberi maklumat manfaat awal pada smua.. apa yg perlu d buat utk proses tukar... share apa yg pernah sy lalui..

Saturday, 27 May 2017

Pes asam pedas

Utama  Resepi Pes Asam Pedas Homemade

Resepi Pes Asam Pedas Homemade

0

35

    

Pes asam pedas homemade ini memudahkan ibu-ibu yang bekerja terutamanya menyediakan hidangan di rumah dengan lebih mudah dan cepat.

Selain digunakan untuk membuat asam pedas, pes ni boleh juga dipelbagaikan penggunaannya dan digunakan untuk memasak sambal ketam, ikan, sotong dan sebagainya mengikut citarasa sendiri.

Resepi Pes Asam Pedas Homemade

Prep Time10 minit

Cook Time25 minit

Ingredients

1 cawan air asam jawa garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

60 tangkai cili kering4 labu bawang putih10 biji bawang besar2 inci halia4 inci lengkuas3 sudu besar serbuk kari4 inci kunyit hidup1 sudu kecil serbuk jintan manis1 sudu kecil serbuk ketumbar

Servings:

Instructions

Masukkan bahan yang dikisar dan kacau hingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.

Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih dan memekat.

Sejukkan sebelum disimpan.

Pes homemade

RESEPI PELBAGAI PES SAMBAL

posted by simplesuri No Comments


Ini merupakan berita sedih buat akak. Minggu lepas pembantu rumah akak kata dia taknak sambung contract yang berakhir November tahun ni.. Walaupon luaran akak nampak cool je tapi dalaman sebenarnya neves sebab dia dah bersama kami selama 10 tahun. Akak tak boleh nak gambarkan macamana life bila dia takda nanti. Yang paling menyedihkan ialah si comel Arissa yang baru berumur 2 tahun. Macamana la dia kat Day Care nanti sedangkan abang-abang dan kakak rilek kat rumah masa umur macam tu.

Ok. Lupakan pasal tu.. ingat.. masalah akan selesai kalau kita take it one at a time, insha Allah.

Memandangkan penyediaan makanan akan menjadi cabaran kehidupan tanpa maid, kita kena cari cara menyelesaikannya.. atau sekurang-kurangnya cara yang lebih mudah.

Teringat posting Anna Naim tentang pelbagai pes sambal yang boleh buat siap-siap (pre-made) dan cuma guna pes tersebut untuk masak pelbagai hidangan. Menjimatkan masa.  

Boleh lawati facebook Anna Naim untuk pelbagai resepi yang lain. Terima kasih Anna Naim atas perkongsian. Semoga Anna mendapat Rahmat dari-Nya. Resepi Anna ni takde sukatan. So, pandai-pandai korang la yer.

Pes Tomyam Homemade

Bahan-bahan

Bawang merah
bawang putih
lengkuas
serai
daun limau purut
cili besar merah
cili api 
belacan
udang kering
ikan bilis
sedikit garam & gula

  Cara penyediaan: 

1) Potong kesemua bahan
2) blender kesemua bahan
3) tumis kesemua bahan hingga pekat & naik minyak.

siap!

bila pes sejuk boleh packing dalam bekas plastik untuk disimpan dalam peti.
bila nak guna hanya didihkan dgn; masukkan ikan,ayam,daging dll.

 Pes Sambal Hijau Thai

 

Bahan-bahan

Cili hijau besar

Cili api hijau

Cili api merah (sedikit)

Daun ketumbar

Cara Penyediaan:

1) Blender kasar kesemua cili & bawang

2) Tumis hingga garing & naik minya

3) Potong kasar daun ketumbar & tabur atas pes

Siap!

bila pes sejuk boleh packing dalam bekas plastik untuk disimpan dalam peti.
bila nak guna hanya didihkan dgn; masukkan ikan,ayam,daging dll. 

Pes Sambal Homemade

Bahan-bahan

Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula melaka

 Cara Penyediaan:

1) Masak cili kering hingga lembut
2) Blender cili @ bawang hingga hancur
3) Tumiskan cili bawang hingga naik minyak
4) Masukkan asam keping, belacan, garam & gula melaka
5) Masak hingga pes naik minyak & pekat

Siap!

bila pes sejuk boleh packing dalam bekas plastik untuk disimpan dalam peti.
bila nak guna hanya didihkan dgn; masukkan ikan,ayam,daging dll.
Untuk masak jenis gorenggoreng pon boleh guna pes sambal ni 

Pes kari homemade

Bahan-bahan

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Daun kari
Serbuk kari
Cili giling

Cara Penyediaan:

1) Separuh bawang dan halia dimayang nipis
2) Separuh bawang & halia diblender
3) Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia hingga hingga agak kuning
4) Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & daun kari. Tumis hingga garing.
5) Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Masak hingga naik minyak.
6) Masukkan cili giling. Masak hingga naik minyak dan pekat.

Siap!

bila pes sejuk boleh packing dalam bekas plastik untuk disimpan dalam peti.
bila nak guna hanya didihkan dgn; masukkan ikan,ayam,daging dll.

Pes Sup

Bahan-bahan

Bawang merah
Bawang putih
halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Daun ketumbar
Serbuk perencah sup adabi
Lada hitam
garam
Minyak untuk menumis

 

Cara Penyediaan:

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia
2) Bancuh serbuk perencah sup dengan air suam
3) Hiris daun ketumbar
4) Tumis bawang, kulit kayu manis, bunga lawang, halia hingga agak garing.
5) Masukkan daun ketumbar
6) Masukkan bancuhan serbuk perencah sup
7) Masukkan sedikit garam supaya pes tahan lama
8) Tumis kesemua bahan hingga naik minyak

Garlic Oil


Bahan-bahan:

Bawang putih
Minyak

Cara Penyediaan:

1) Tumbuk kasar bawang putih
2) Goreng bawang dalam minyak panas
3) Agak kekuningan terus tutup api

Wednesday, 24 May 2017

Nasi lemak special

Nasi Lemak Special

Assalamualaikum...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah s.w.t kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar ( di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah s.w.t). Kedua, orang yang di beri allah s.w.t al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

(Al-Bukhari)





Salam penghulu segala hari...semoga kita semua berada dalam lindungan Nya...hari nie sri nak kongsikan resepi nasi lemak...bila sri masak nasi lemak nie mesti teringat zaman sekolah...boleh dikatakan setiap hari mesti beli nasi lemak nie...kena keluar awal kalau tidak...alamatnya tengok meja makcik tue je lah...hehehe...kadang-kadang pesan dekat kawan kalau terlambat...nasi lemak makcik sorang tue je lain...nasi warna kuning...pastu ayam dia buat masak ros...tapi tetap ada sambal tumis.





Kalau ada jamuan dekat kelas pun...adakalanya mesti 'order' nasi lemak nie...zaman adik-adik sri pun sama...nasi lemak nie sri masak untuk makan tengahari...tapi tak ingat bila...kira N3 tertunda lah nie...:)) lupa  simpan gambar kat mana...ok lah...jom kita layan resepi nie...


Nasi Lemak


Bahan-bahan Nasi:-

-*4 cawan beras - basuh dan toskan

-*2 1/2 cawan air

-*2 1/2 cawan santan

-*2 inci halia - hiris nipis

-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis

-*2 ulas bawang putih - ketuk

-*2 helai daun pandan - simpul

-*garam halus - sri guna sudu KFC...kalau 4 cawan beras, sri letak 5 sudu paras

-*Pewarna kuning

Bahan-bahan kisar:-

-*1 inci halia

-*1/4 labu bawang besar

-*1 ulas bawang putih - pilih ulas paling kecil

Cara-cara:-

-*Satukan semua bahan-bahan diatas berserta dengan bahan kisar kedalam rice cooker dan masak...bila air  dah tinggal paras nasi...gemburkan dan tutup...biar sampai masak.


Ayam Masak Rose

Resepi nie berbeza sikit dari ayam masak rose yang pernah sri post kan dulu...caranya pun mudah jer.


Bahan-bahan Ayam Masak Ros:-

-*1 ekor ayam - potong kecil...basuh dan toskan

-*1 cawan santan

-*1/2 cawan air

-*4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga)

-*garam

-*serbuk perasa

-*daun ketumbar - hiasan

-*minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:-

-*4 tangkai cili kering

-*5 biji cili hidup

-*1 1/2 labu bawang besar

-*3 inci halia

-*5 ulas bawang merah

-*5 ulas bawang putih

Cara-cara:-

-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama dengan 4 beradik...bila dah wangi masukkan ayam dan kacau rata...kemudian masukkan santan, air, garam dan serbuk perasa...gaul rata dan biar hingga ayam masak...tabur daun ketumbar dan angkat.


Sosej Masak Sos

Resepi nie sri tambah dalam menu nie sebab anak-anak mesti suka.


Bahan-bahan Sosej Masak Sos:-

-*10 batang sosej - potong 3 setiap satu (goreng sekejap)

-*5 sdb sos cili

-*1 sdb sos tomato

-*1/4 labu bawang besar - hiris nipis

-*1 ulas bawang putih - hiris nipis

-*2 inci halia - hiris nipis

-*air

-*minyak untuk menumis

Cara-cara:-

-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia...bila naik bau masukkan sosej dan kacau...masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit air...biarkan sekejap...bila kuah dah pekat tutup api.


Sambal Tumis


Bahan-bahan Sambal:-
-*20 tangkai cili kering - rebus dan toskan
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*1/8 belacan - dari belacan yang RM0.30 tue :))
-*garam
-*serbuk perasa
-*gula
-*air asam jawa
-*minyak untuk menumis

Cara-cara:-
-Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan...panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi...masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa...masak hingga pecah minyak.

Rendang daging n paru

Salam semua...ni resepi terakhir untuk jamuan Hari Raya baru ni..memang agak unik dan sangat tradisional..bagi orang Negeri Sembilan kami panggil rendang campur di mana ada campuran daging, paru, limpa dan hati. Memandangkan aku tak beberapa suka limpa dan hati jadi aku hanya campurkan daging dan paru sahaja....kena ikut selera tukang masak la kan....hehehehe....untuk rendang ni juga tidak menggunakan kerisik. Bawang, halia, serai dan lengkuas memainkan peranan utama, malah santan kelapa juga kena mencukupi. Mari kita lihat resepinya...:))


Bahan-bahan;

1 kilo daging (kalau boleh batang pinang)
1 kilo paru
40 biji ciliapi (boleh kurangkan kalau tak nak pedas)
3 biji kelapa - ambil santannya
2 helai daun kunyit - disiat or hiris halus
20 ulas bawang merah     )
10 ulas bawang putih       )
3 inci halia                       ) mayang halus
2 inci lengkuas                 )
3 inci kunyit hidup
12 batang serai - hiris kasar kemudian dikisar
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Bersihkan paru, rebus dahulu, toskan dah baru la dipotong kecil. Potong daging berlawan urat. Bersihkan daging, toskan. Masukkan daging + paru bersama dengan bahan-bahan yang dimayang halus tanpa air kerana daging akan mengeluarkan airnya dalam kuali. Kecutkan sebentar, apabila hampir kering masukkan cili dan kunyit hidup yang dikisar halus bersama dengan serai yang dikisar tadi. Masak lagi hingga agak kering dan baru la masukkan santan kelapa. Kacau sekali sekali untuk mengelakkan hangus di bahagian bawah. Bila kuah agak kering masukkan daun kunyit, asam gelugor, rasa garam secukupnya.

 

Rendang ini sedap di makan bersama dengan nasi impit, lemang or nasi panas.. :)

Friday, 5 May 2017

Tanda mati

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.