Monday, 30 January 2017

Rendang sedap

Petua Masak Rendang Terlajak Sedap Untuk Pagi Raya

Ramai yang boleh memasak rendang tapi tak ramai yang boleh menghasilkan rendang yang enak seperti dihasilkan oleh ibu-ibu kita.

Tapi jika mahu menikmati rendang sebegini ini resipi dan petuanya. Rendang terlajak sedap ini perkongsian daripada Azie Kitchen sesuai sangat jika dihidangkan pagi raya ini.   

Rendang Daging Sedap Giler

Bahan bahan:
1 kg daging
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai

Cara cara:
1. Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

2. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.

3. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.

4. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

5. Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.

Petua Penting

Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang di tepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).Gunakan rempah yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap.

Sumber: http://aziejaya.blogspot.my

 

No comments:

Post a Comment