Tuesday, 31 January 2017

Blog pendidikan

berinformasi untuk anda lawati. Blog ini disenaraikan untuk rujukan anda semua.

SENARAI BLOG PENDIDIKAN

1. Pendidik2u : www.pendidik2u.my

Nombor 1 bukan bermaksud blog ini di tempat pertama, memandangkan admin yang tulis jadi admin letak di senarai atas sekali, haha. Pendidik2u boleh dikatakan blog yang mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam arena pendidikan, ia juga mempunyai lebih 100K likes di Facebook Fan Page nya. Jadi jangan lupa untuk like PENDIDIK2U.

2. Cikgu Share : www.cikgushare.com

Blog ini juga merupakan blog pendidikan yang menarik dan berinformasi. Banyak maklumat terutamanya dalam bidang perguruan seperti dasar, pekeliling dan isu semasa. Boleh dijadikan tempat rujukan anda.

3. Cikgu Hailmi : www.cikguhailmi.com

Blog Cikgu Hailmi sememangnya blog yang terkenal, terutamanya dikalangan guru sains, banyak perkongsian maklumat serta artikalnya yang menarik untuk dibaca. Blog yang patut dijadikan sebagai blog contoh.

4. Sistem Guru Onlinewww.sistemguruonline.my

Blog Sistem Guru Online atau SGM merupakan blog pendidikan yang juga banyak berkongsi bahan-bahan pendidikan, isu pendidikan dan sebagainya. Anda boleh layarinya untuk dapatkan pelbagai jenis bahan-bahan pendidikan.

5. cocomy : www.cocomy.net

Blog yang sangat aktif mengongsikan bahan-bahan pendidikan terutamanya bahan pdp dan latihan-latihan.

6. Mohamad Syahmi Harunwww.mohamadsyahmiharun.blogspot.my

Blog ini merupakan blog yang terkenal bagi kumpulan guru jqaf, GBA dan GPI. Sebut sahaja kat mana ya nak cari soalan Bahasa Arab, RPT dan sebagainya blog ini akan disyorkan. Blog Ustaz Syahmi ini sebenarnya sudah lama wujud, kalau nak cari bahan Bahan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam bolehlah ke sini.

7. Cikgu IK : www.cikguik.com

Blog cikguik atau Cikgu Ihzam Khairi sememangnya terkenal dengan pelbagai tips dan tutorial dalam bidang IT. Andan boleh layarinya untuk lihat sendiri penulisan Cikgu Ihzam Khairi ni.

8. Cikgu Grafik : www.cikgugrafik.com

Blog Cikgu Grafik ini memang menarik sekali, banyak bahan grafik yang cantik dan kemas dikongsikan, ada yang percuma ada juga yang premium. Kalau nak dapatkan pelbagai design buku program, cover fail, bolehlah ke blog ini atau ke Facebook Page nya.

9. Cikgu Ayu : www.cikguayu.my

Tidak sah jika admin tidak masukkan Blog Cikgu Ayu. Cikgu Ayu merupakan Pemenang Pertandingan Educational Blogging yang dianjurkan oleh UPSI pada tahun 2013. Beliau juga banyak share pelbagai bahan pendidikan, keceriaan kelas, dokumen dan sebagainya. Boleh ke FB Page Cikgu Ayu untuk melihatnya.

10. KSSR.ORG : www.kssr.org
Himpunan RPT dan DSKP KSSR

11. English Vibes : englishvibes.blogspot.my
Bahan PdP Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

12. Akhbar Pendidikan:
https://akhbarpendidikan.blogspot.my
Himpunan keratan Akhbar Pendidikan New Sabah Times

13.

14.

15.

Ini adalah sebahagian sahaja yang admin senaraikan, ada banyak lagi sebenarnya, jika blog anda tidak tersenarai, bukan bermakna tidak bagus, jika anda ingin blog and

Monday, 30 January 2017

Tips masak bubur nasi

Cara Paling Pantas Masak Bubur Nasi Bayi, 7 Minit Dah Siap!

Info ini cukup berguna buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dalam peringkat makan bubur nasi. Perkongsian ini menunjukkan cara paling cepat untuk menyiapkan hidangan mudah namun dianggap leceh oleh para ibu kerana mengambil masa yang lama.

Percaya tak dengan kaedah yang dikongsi ini masa yang diperlukan untuk memasak bubur nasi hanya 7 minit. Langkahnya pula mudah sangat. Bagi ibu bekerja, sambil bersiap pun boleh menyediakannya. Terima kasih kepada yang berkongsi ilmu ini.

Berikut adalah langkah-langkah penyediaan bubur nasi 7 minit.

Langkah 1

Basuh beras hingga bersih tak perlu tos.

Langkah 2

Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).

Langkah 3

Bila mahu memasak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Jika mahu masukkan ayam dan sayur, letak pada waktu ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.

Langkah 4

Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk melakukan kerja lain jika tak mahu bubur hangit.

Langkah 5

Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tidak banyak penyediaan bubur ini akan mengambil masa kurang dari 15 minit.

Langkah 6

Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.


 

Sumber: Facebook Nor Sakinah Md Zainal.

ARTIKEL BERKAITAN

Bakar Roti Jangan Sampai Terlalu Garing, Bahaya!Kagum Lihat Cara Ibu Ini Simpan Stok Lauk. Teratur & Mudahkan Kerja MemasakTip Memasak Untuk Tetamu Yang RamaiBiskut Semperit Susu Ini Dapat 39 Ribu Share Dalam Masa 24 Jam, Wow!5 Tip Memasak Jadi Lebih Cepat Di Bulan Puasa Untuk Ibu BekerjaResipi Sardin Dalam Tin Buat Sendiri, Lagi Jimat & SihatTak Perlu Beli Lagi, Ini Dia Tip Memasak Jimat Masa Untuk Ibu Bekerja

ANDA MUNGKIN SUKA

Bakar Roti Jangan Sampai Terlalu Garing, Bahaya!

Kagum Lihat Cara Ibu Ini Simpan Stok Lauk. Teratur & Mudahkan Kerja Memasak

Tips simpan lauk basah

Kagum Lihat Cara Ibu Ini Simpan Stok Lauk. Teratur & Mudahkan Kerja Memasak

Perkongsian daripada Naemah Balqis ini cukup berguna sekali untuk ibu-ibu bekerja. Beliau berkongsi tip penyimpanan bahan-bahan mentah seperti ayam,ikan udang serta sotong dengan cara paling teratur agar dapat menjadikan kerja memasak lebih pantas.

Maklumlah pulang dari kerja kebanyakan kita tak punya banyak masa di dapur tapi pada masa yang sama anak-anak dan suami sudah kelaparan. Agar kerja memasak lebih mudah kita tiru cara ini. Yang pasti ramai yang kagum lihat cara penyimpanan ibu ini yang cukup teratur sekali.

1. Beli bahan mentah untuk kegunaan tiga minggu jika suka. Boleh beli setiap awal bulan.

2. Bersihkan ikan, udang, sotong dan sebagainya yang dibeli.

3. Sediakan bekas-bekas khusus untuk menyimpan bahan mentah. Beli banyak sebaiknya.

4. Masukkan bahan mentah ini dalam satu bekas tapi pastikan dalam kuantiti cukup untuk sekali masak. Jika mahu masak lebih asingkan dalam satu lagi bekas.

5. Masukkan air dalam bekas hingga menenggelami sedikit bahan mentah tadi. Ini tip untuk memastikan sotong, ikan, udang dan sebagainya tahan lebih lama.

Bila ingin memasak keluarkan satu bekas bahan mentah yang diingini. Cara ini bahan dari peti lebih cepat cair kerana kuantitinya sedikit dan kerja memasak lebih cepat dimasak kerana lauk pauk sudah dibersihkan dan diasingkan terlebih dahulu. 

Selamat mencuba.

Sumber Facebook Naeamah Balqis

Rendang sedap

Petua Masak Rendang Terlajak Sedap Untuk Pagi Raya

Ramai yang boleh memasak rendang tapi tak ramai yang boleh menghasilkan rendang yang enak seperti dihasilkan oleh ibu-ibu kita.

Tapi jika mahu menikmati rendang sebegini ini resipi dan petuanya. Rendang terlajak sedap ini perkongsian daripada Azie Kitchen sesuai sangat jika dihidangkan pagi raya ini.   

Rendang Daging Sedap Giler

Bahan bahan:
1 kg daging
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai

Cara cara:
1. Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

2. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.

3. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.

4. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

5. Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.

Petua Penting

Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang di tepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).Gunakan rempah yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap.

Sumber: http://aziejaya.blogspot.my